Isu Pemansuhan UPSR dan PMR
Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan
pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11
tahun persekolahan.
Cadangan pemansuhan peperiksaan itu adalah kerana kerajaan akan mengubah sistem
pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan
menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai
keterampilan tinggi gagal dicapai. Namun kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi
berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan
penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.
Kesan negatif jika pemansuhan UPSR dan PMR
- Tidak dapat menjadikan peperiksaan sebagai ukuran kebijaksanaan dan kejayaan negara melahirkan pelapis generasi masa depan lebih berwibawa, selain dianggap aset kecemerlangan.
- Para pelajar akan hilang motivasi untuk belajar kerana mereka tahu tiada peperiksaan ‘besar’ yang akan mereka hadapi untuk belajar bersungguh-sungguh.
- Kemungkinan para pelajar akan kurang mengambil berat tentang pelajaran. Ini kerana UPSR dan PMR adalah salah satu peperiksaan yang dapat menilai tahap pembelajaran mereka.
- Tidak dapat menentukan institusi persekolahan sudah bersedia mencapai sasaran atau masih memerlukan sokongan demi melancarkan proses pembelajaran.
- Tidak dapat menilai kesediaan dan mengukur prestasi pelajar.
- Tidak dapat meneruskan Falsafah pendidikan iaitu menggariskan tiga kaedah asas menilai prestasi pelajar iaitu penilaian rujukan kendiri seperti memperbaiki pencapaian, penilaian rujukan norma (membandingkan prestasi) dan penilaian rujukan kriteria (pembelajaran pada tahap dijangkakan).